30 September 2011

Tempahan bulan Oktober 2011

Salam untuk semua,

Tempahan untuk bulan ini adalah untuk 18 hari.
Nilai tempahan adalah seperti berikut:

Untuk 2 orang makan :  Rm 262.80
Untuk 1 orang makan :  Rm 140.40

Tarikh yang tiada penghantaran ialah :
26,27 dan 28 Oktober 2011

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya.

Sekian, terima kasih.

25 September 2011

Lemang Raya 2011

Salam semua...
   Lama sudah tak menjengah ke blog
Malay Food Delivery. Bukannya apa
sibuk sikit dengan majlis open house.
Masa nak raya sibuk dengan persiapan raya,
bila dah raya sibuk pula dengan sambutan
raya..
   Jadi, cerita pasal nak raya ni..
semua orang gembira. Namun tahun ni
berbeza sikit..biasanya saya balik kampung
tetapi tahun ni kena raya di KL sebab suami
bertugas.
  Saban tahun tengok mak buat lemang,
saya pula buat rendang. Tetapi tahun ni kena
buat lemang sendiri campur pulak dengan
kawan-kawan suami.
  Fuh yo...baru tahu macamana rasanya
40 batang perlu di bereskan, diorang
cuma tahu bakar jer.





















  Ini dia lemang yang tengah di proses. Seronok
betul Wafi tak sabar-sabar nak rasa lemang panas.
Gambar dah siap tak sempat nak snap sebab
dah 'ngap' than lupa. Walau apapun hasilnya
amat memuaskan.

08 September 2011

Menu Sept 2011

Salam semua,
Menu september telah di letakkan.

Untuk makluman,
Hari Jumaat = 16/09/2009  tiada penghantaran.

Sekian, terima kasih.