25 January 2011

Tempahan Februari 2011

Salam untuk semua,

Tempahan pada bulan ini adalah ;
bermula 7 feb hingga 28 feb iaitu 15 hari penghantaran.

2 orang makan : Rm 219.00 untuk satu penghantaran.
1 orang makan : Rm 117.00 untuk satu penghantaran.

 Hari yang tiada penghantaran,
1 Feb : Cuti Hari Wilayah
2 Feb : Cuti
3 & 4 Feb : CNY
15 Feb : Maulidur Rasul

Menu telah disediakan.

Sekian, wassalam.

20 January 2011

Sayur Campur


     Sayur campur ini koleksi ibu saudara yang rajin memasak. Namun kini telah pun menjahit sepenuh masa sejak tinggal di Kuantan.

Bahan-bahan:

1   batang lobak merah
10 batang buncis
1   peket anak jagung
1/4 bunga kobis
3   biji baby kobis ( brussel sprout )
2   ulas bawang putih
2   biji bawang merah
1   biji cili merah
3   sudu besar  minyak masak
secubit garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang
    putih yang telah di cincang, masukkan hirisan bawang
    merah.
2. Masukkan lobak merah yang telah di hiris, anak jagung ,
    dan bunga kobis.
    Masukkan 3 sudu besar air dan tutup. biarkan mereneh.
3. Apabila telah empuk, masukkan buncis dan baby kobis.
4. Perisakan garam.
5. Siap untuk di hidangkan dengan hirisan cili merah
    sebagai hiasan.

Selamat mencuba....

06 January 2011

Pengat Pisang


    Keadaan cuaca yang mendung ni...menyebabkan perut
sentiasa lapar. Sementara menyiapkan juadah makan
malam sempat pula membuat juadah minum petang..
pengat pisang pun pengat pisang la...
biasanya kucampurkan dengan sagu halus.
   Teringat pula kata2 anak jiranku...
'apa ni ibu...jelly kristal ker....'
terpinga-pinga si ibu nak menjawab.
Inilah akibatnya apabila anak-anak kita sentiasa
disogokkan dengan makanan barat seperti burger,
nugget,hotdog, fishball and so on.

Bahan-bahannya;

sesikat pisang
4 cawan santan
1 cawan gula
3 sudu sagu halus
secubit garam
sehelai daun pandan

Cara-caranya;

  1. Masukkan santan, pisang, gula, sagu halus, sedikit garam dan daun pandan. 
  2. Masak hingga mendidih. Kalau tiada daun pandan boleh diganti dengan bunga cengkih.
  3. Tambah gula jika kurang manis. Bila dah masak boleh la dihidangkan.

Selamat mencuba.