25 May 2011

Tempahan bulan Jun 2011

Assalamualaikum..

Tempahan bulan Jun ini adalah untuk 21 hari.

Bermula pada 1/6/2011 sehingga 30/6/2011.

Untuk 2 orang makan : Rm 306.60 bagi 1 penghantaran.
Untuk 1 orang makan : Rm 163.80 bagi 1 penghantaran.

Menu harian ada disediakan.

Hari yang tiada penghantaran ialah;
29/6/2011 - CUTI ISRAK MIKRAJ

Sekian, terima kasih.








15 May 2011

Petua suburkan rambut.

   Rambut merupakan mahkota bagi setiap individu,
terutamanya wanita. Oleh itu, rambut hendaklah sentiasa
kelihatan sihat dan mudah diuruskan.
   Terdapat banyak produk penjagaan rambut
di pasaran sekarang ini. Ada kalanya tersilap
pilih rambut menjadi lebih bermasalah.
   Jadi, apa kata kita cuba sendiri amalan
rawatan rambut yang telah diamalkan
sejak dahulu lagi iaitu;
1. Ambil daun lidah buaya yang segar.
2. Gosokkan lendirnya yang segar ke
    kulit kepala sehingga rata.
3. Bungkus rambut dengan tuala.
4. Cuci dan bilas hingga bersih.
Semoga rambut lebih subur,segar dan
bersinar jika diamalkan selalu.

07 May 2011

Kuih Masavade











Bahan-bahan:
I    kg kacang dal
     ( direndam semalaman)
10 tangkai daun kari
5   biji bawang merah
5   gram cili kering
     Secubit garam
     Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Kacang dal ditoskan airnya dan di kisar sederhana halus,
2. Bawang di dadu, daun kari dan cili dicincang halus.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hirisan .
4. Angkat dan campurkan ke dalam dal tadi.
5. Gaulkan dengan garam dan bulat-bulatkan dan leperkan.
6. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api sederhana.

Selamat mencuba resepi yang mudah ini.