15 May 2011

Petua suburkan rambut.

   Rambut merupakan mahkota bagi setiap individu,
terutamanya wanita. Oleh itu, rambut hendaklah sentiasa
kelihatan sihat dan mudah diuruskan.
   Terdapat banyak produk penjagaan rambut
di pasaran sekarang ini. Ada kalanya tersilap
pilih rambut menjadi lebih bermasalah.
   Jadi, apa kata kita cuba sendiri amalan
rawatan rambut yang telah diamalkan
sejak dahulu lagi iaitu;
1. Ambil daun lidah buaya yang segar.
2. Gosokkan lendirnya yang segar ke
    kulit kepala sehingga rata.
3. Bungkus rambut dengan tuala.
4. Cuci dan bilas hingga bersih.
Semoga rambut lebih subur,segar dan
bersinar jika diamalkan selalu.

No comments: