23 July 2011

Tempahan untuk bulan Ogos 2011 ( puasa )

Assalamualaikum untuk semua pelanggan,

   Tempahan untuk bulan Ogos untuk juadah 
berbuka puasa telah dibuka. Sesuai bagi ibu-ibu 
yang tidak berkesempatan untuk memasak 
kerana kesuntukan masa setelah pulang bekerja
serta pelbagai masalah yang lain.
   
    Penghantaran adalah untuk 20 hari.Bermula 
pada 01/8/2011 sehingga 26/8/2011.
Penghantaran bermula jam 3.30 hingga 7.00 petang.


Untuk 2 orang makan : Rm 292.00 bagi 1 penghantaran.
Untuk 1 orang makan : Rm 156.00 bagi 1 penghantaran.
Penghantaran berdasarkan menu harian yang telah 

disediakan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh
menghubungi secara terus dengan saya.

Sekian, terima kasih.

20 July 2011

Egg Taufoo


Bahan-bahan:
3 tiub egg taufoo
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
1 pokok kailan
2 sb tepung jagung
2 sb kicap cair
100 ml air rebusan ayam/daging
garam dan gula 
minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Gorengkan egg taufoo yang telah di belah dua terlebih dahulu.
2. Tumis bawang putih, kicap cair dan masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan tepung jagung, dan tambahkan perisa.
5. Masukkan kailan dan egg taufoo. 
6. Sedia untuk dihidangkan.

10 July 2011

Rendang Lambuk











Salam untuk semua,
   Kali ini nak tunjuk gambar pokok lambuk dan
di sebelahnya tu gulai lambuk. Sememangnya dah lama
tak makan keladi lambuk ni. Dulu semasa kecil-kecil
siap main lagi bawah pokok lambuk.
   Sampaikan tersilap terambilkan daun
pokok keladi kemahang. Namun sekarang nak
jumpa pokok ni pun susah. Bukan pokok keladi
hiasan di taman-taman tu....

Bahan-bahan:
6 batang keladi lambuk
1 biji kelapa ( jadikan santan)
2 batang serai
1 helai daun kunyit
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
segenggam ikan bilis
secubit garam

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ramuan ke dalam
periuk dan masaklah dengan api yang perlahan
sehingga semuanya lembut.Tambahkan perisa dan
sudah siap untuk di hidangkan...senangkan.