24 August 2011

Tempahan Bulan September

Salam untuk semua
pelanggan yang dihormati,

Pertamanya, saya ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf
dipinta sekiranya ada kekurangan
selama saya mengambil tempahan
tuan-tuan dan puan-puan.

Keduanya, tempahan untuk bulan
ini saya akan bermula pada
12 Sept sehingga 30 Sept 2011
bagi 14 hari sahaja.

Untuk 2 orang makan: Rm 204.40
Untuk 1 orang makan: Rm 109.20


Menu sedang di sediakan.

Sekian , wassalam.

12 August 2011

Puasa

Salam Ramadhan al-mubarak,
   Diam-diam sudah 12 hari kita berpuasa. Rasa cukup
pantas masa berlalu. Setiap hari apabila lewat petang,
ramai yang memasak atau berkunjung ke bazar-bazar,
pasar malam , gerai-gerai dan juga restoran-restoran
serta hotel-hotel.
   Semuanya dengan satu tujuan, untuk makan berbuka
puasa. Ini semua untuk yang berkemampuan untuk
menyediakan juadah berbuka puasa.
   Namun masih terdapat insan-insan yang berbuka
sekadarnya...'sudah 4 hari mereka terputus duit...',
itu sahaja yang mampu adikku katakan setelah
menghantar bantuan ke rumah orang-orang miskin
di sebelah utara. Mungkin juga dia sebak tapi
pendam sahaja di dalam hati.
   Jadi, renung-renung dan fikir-fikirkanlah....