12 August 2011

Puasa

Salam Ramadhan al-mubarak,
   Diam-diam sudah 12 hari kita berpuasa. Rasa cukup
pantas masa berlalu. Setiap hari apabila lewat petang,
ramai yang memasak atau berkunjung ke bazar-bazar,
pasar malam , gerai-gerai dan juga restoran-restoran
serta hotel-hotel.
   Semuanya dengan satu tujuan, untuk makan berbuka
puasa. Ini semua untuk yang berkemampuan untuk
menyediakan juadah berbuka puasa.
   Namun masih terdapat insan-insan yang berbuka
sekadarnya...'sudah 4 hari mereka terputus duit...',
itu sahaja yang mampu adikku katakan setelah
menghantar bantuan ke rumah orang-orang miskin
di sebelah utara. Mungkin juga dia sebak tapi
pendam sahaja di dalam hati.
   Jadi, renung-renung dan fikir-fikirkanlah....


No comments: