10 July 2011

Rendang Lambuk











Salam untuk semua,
   Kali ini nak tunjuk gambar pokok lambuk dan
di sebelahnya tu gulai lambuk. Sememangnya dah lama
tak makan keladi lambuk ni. Dulu semasa kecil-kecil
siap main lagi bawah pokok lambuk.
   Sampaikan tersilap terambilkan daun
pokok keladi kemahang. Namun sekarang nak
jumpa pokok ni pun susah. Bukan pokok keladi
hiasan di taman-taman tu....

Bahan-bahan:
6 batang keladi lambuk
1 biji kelapa ( jadikan santan)
2 batang serai
1 helai daun kunyit
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
segenggam ikan bilis
secubit garam

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ramuan ke dalam
periuk dan masaklah dengan api yang perlahan
sehingga semuanya lembut.Tambahkan perisa dan
sudah siap untuk di hidangkan...senangkan.

No comments: