28 February 2011

al-fatihah buat sahabatku

Pada hari jumaat tanggal 25/2/2011 kira-kira 
jam 6.45pm aku mendapat panggilan dari sahabat 
lama yang menyatakan  sahabatku ini telah 
pulang kerahmatullah....oh...sungguh tidak kupercaya.
Usia yang masih muda belum mencecah angka empat. 
Suasana sungguh kelam-kabut dan pada jam 8 mlm 
aku bergegas ke masjid  shah alam. 
Rupanya sudah ramai kawan-kawan yang lain
menunggu. Jenazah sahabatku ini sedang diuruskan....
oh...sungguh sayu...aruah ibunya pergi beberapa tahun 
yang lalu dan aruah adiknya pun telah pergi baru setahun. 
Kini aruah pula yang menyusul. Dari apa yang kuketahui 
aruah menghidap sejenis kanser namun tidak mahu 
mendapat rawatan hospital. Walau apa pun kami semua 
pasrah dengan ketentuan Illahi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan
orang-orang yang beriman.

No comments: