13 April 2011

Petua untuk cendawan tahan lama.

      Cendawan biasanya sudah siap dibungkus di dalam
plastik dan tidak tahan lama. Ini di sebabkan cendawan
mudah berair dan busuk jika tidak dikeluarkan daripada
plastiknya.
      Oleh itu, selepas membeli cendawan ,
keluarkan daripada plastik. Kemudian bungkus cendawan
dengan kertas suratkhabar . Insya-Allah cendawan itu
akan tahan lebih lama sehingga 5 ke 7 hari.
Selamat mencuba.

No comments: